Matlamat Pusat Akses Sekolah ialah untuk:
- Membudayakan penggunaan ICT di sekolah
- Mengurangkan nisbah komputer dengan murid
- Meningkatkan masa penggunaan komputer (contact hours) oleh murid
Objektif Pusat Akses Sekolah ialah untuk:
- Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai matlumat
- Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiridengan lebih berkesan
- Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pengajaran dan pembelajaran
Agihan penubuhan Pusat Akses Sekolah meliputi 70 peratus sekolah luar bandar dan 30 peratus lagi di bandar. 70 peratus daripada jumlah sekolah yang dipilih merupakan sekolah rendah manakala baki 30 peratus adalah sekolah menengah.
Murid boleh menggunakan Pusat Akses Sekolah ini untuk:
- Mencari maklumat daripada Internet untuk pengajaran dan pembelajaran
- Mengakses sumber maklumat seperti buku-buku, bahan bercetak atau bahan digital yang berkaitan(e-learning)
- Menyediakan tugasan dan slaid persembahan berkaitan dengan pembelajaran
- Berkomunikasi dengan guru dan murid lain melalui e-mel
- Berkolaborasi dengan murid lain
Setiap sekolah akan memerima peralatan 10 komputer dan satu pencetak untuk ditempatkan di Pusat Sumber Sekolah atau mana-mana ruang bersesuaian. Peralatan tersebut akan dirangkaikan dengan rangkaian setempat.
Pemilihan sekolah bagi mewujudkan Pusat Akses Sekolah dibuat berdasarkan kriteria berikut:
- Ada ruang/bilik yang sesuai
- Ada akses kepada Internet
- Ada Makmal Pengkomputeraan
- Ada elektrik 24 jam
- Kemahiran ICT warga sekolah Komitmen pihak pentadbiran sekolah
Pusat Akses Sekolah beroperasi semasa dan selepas waktu persekolahan. Ia juga digalakkan beroperasi pada hujung minggu dan cuti sekolah dengan syarat ada pengawasan oleh pihak sekolah yang boleh menjamin keselamatan peralatan dan boleh memantau penggunaan.
Penubuhan Pusat Akses Sekolah telah mula dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2006. Sehingga kini, terdapat 3022 Pusat Akses Sekolah di seluruh negara yang dilaksanakan melalui 3 fasa.
Keutamaan menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah diberikan kepada murid. Warga sekolah lain termasuk pentadbir sekolah, guru, dan staf sokongan boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah untuk memperoleh maklimat dari Internet. Kemudahan Pusat Akses Sekolah juga dibuka kepada komuniti setempat /PIBG, dll.
Pemilihan sekolah bagi mewujudkan Pusat Akses Sekolah dibuat berdasarkan kriteria berikut:
• Ada ruang/bilik yang sesuai
• Ada akses kepada Internet
• Ada Makmal Pengkomputeraan
• Ada elektrik 24 jam
• Kemahiran ICT warga sekolah
• Komitmen pihak pentadbiran sekolah
Terdapat tiga (3) bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dalam membantu murid ke arah pembelajaran kendiri iaitu akses kendiri, kadar kendiri dan terarah kendiri.
Bahan tersebut terdiri daripada:
• Bahan yang dimuat turun melalui penggunaan enjin pencari maklumat Internet seperti Google, Yahoo, Altavista dan sebagainya
• Portal Pendidikan untuk mendapatkan maklumat khusus seperti portal BTP, Portal Sumber Pendidikan (bibliografi.moe.edu,my), MySchoolNet,My Tutor, Online Smart Learning dan sebagainya
• Bahan pembelajaran online seperti sumber digital dalam bentuk CD/VCD/DVD/CD Audio seperti perisian kursus, perisian interaktif dan perisian berbentuk maklumat
No comments:
Post a Comment